Thursday, December 18, 2008

Family Day Ibnu Hussain 2008-2009

Perkara : Paperwork untuk Family Day Ibnu Hussain 2008-2009
Lokasi : cadangan #1 Melaka
cadangan #2 Port Dickson
Tarikh : (akan diberitahu kelak)
Tujuan : #1 Mengeratkan Silaturrahim Kekeluargaan (anak-ibubapa, menantu-ibubapa,adik-beradik dan ipar-duai)
#2 Tidak pernah di adakan lagi sepanjang hayat sebelum ini
#3 Mengembalikan keceriaan kekeluargaan

Kos : Bergantung kepada tempat penginapan

Steering commitee :

Penasihat : Ayahanda Hussain
Pengerusi : Long Anuar
Penaung : Ngah Halimi
Bendahari : Teh Norhazlan
Setiausaha : Anjang Suhairi

Ahli Jawatan Amanah :

Tekong Pengurusan dan Aturcara : Anjang Suhairi
Koordinator Senam Robik & Sukaneka : Kekanda Teh Kamaliah
AJK Tempat Penginapan : Teh Norhazlan dan Anjang Harry
AJK Makanan dan Barbekue : Kekanda Ude Ana & Kekanda Ude YO, Kekanda Chik Kamal & Kekanda Chik Su @ Chik Eda
AJK penyediaan hadiah : Adinda Ina , Jira & Toye
AJK Gambar & Video : Adinda Mukhzani
Tekong Baca Doa Selamat dan Doa Arwah Bonda : Kekanda Long

Perkakasan @ hadiah yang diperlukan :

1)Belon, tali reben, guni, sudu plastik,bola pingpong -untuk sukaneka dewasa dan remaja
2)Pembesar suara tangan (hella) : samada Teh boleh pinjam dari IPIS atau Anjang pinjam dari Najib Abu Hassan
3)Gula-gula aneka jenis -untuk sukaneka kanak2
4)Ayam perap dan daging kambing untuk barbeque dan sambal perencah, dan perkakasan untuk membakar ayam
4) dan lain-lain yang difikirkan perlu

Aturcara :

Sabtu
jam 0800 : berkumpul di perkarangan bungalow Ngah halimi
jam 0900 : bertolak secara konvoy dan dijangka sampai pada jam 1100
jam 1100 : sampai dan berhenti makan tengahari
jam 1200 : check-in
jam1300 : aktiviti bebas dan berdengkur...zzzzzz
jam 2130 : makan malam dan barbeque
jam 2200 : acara outing ke Bandar Melaka (beca trip and menara taming skyway)

Ahad
jam 0800 : sarapan pagi
jam 0900 : sukaneka (acara kanak2, acara remaja, acara kaum ibu, acara kaum bapa dan acara berpasangan)
jam 1100 : aktiviti bebas
jam 1200 : berkemas
jam 1300 : check-out & makan tengahari
jam1400 : bersurai

Ke Makam Bonda

Ke Malam Bonda (Al-Fatihah buat Bunda Zaharah dan Nenda Munah)

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

AlFatihah

Menjunjung kasih dan sayang kepada Al-Marhum Ibunda tercinta Zaharah Binti Abd Ghani/Zainab yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 23 Ogos 1978. Merupakan Ibu kepada 7 orang anak. Sepanjang hayat beliau bersusah payah membesar dan mendidik anak-anak dan diwantu yang sama menjadi penasihat dan perancang kepada ekonomi keluarga. Walaupun aku tidak ingat akan detik2 tersebut, malah hanya dapat mengingat wajah beliau melalui gambar2 yang usang, beliau lah ibuku dunia dan akhirat.

Ya Allah yang maha berkuasa, ampunilah ibu kami...selamatkanlah ibu kami...damaikanlah ibu kami dan masukkanlah ibu kami ke dalam syurga Mu ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Pertemukanlah kami semula di hari selepas di adakan perhitungan agung Mu ya Allah..agar kami dapat memeluk erat beliau dan berbahagia bersama selama-lamanya...Amiinnnn Ya Robbal Alamin

Tidak dilupakan juga kepada Arwah2 Datuk Kassim dan Nenek Ramlah yang juga amat kami sayangi.begitu juga kepada Arwah2 keluarga keturunan kita Pak Teh Dollah, Pak Uda Mohamad, Pak Cu Sulaiman, Pak Ngah Mustafa, Aki Ghani, Pak Cu Din, Pak De Hamid, Pak Cik Alias dan semua keluarga kita yang terdahulu...

ALFATIHAH